Tuesday, November 9, 2010

Kebaikan Sistem 3 Fasa

Contoh Sambungan 3 Fasa
  • Dengan bekalan kuasa yang tetap, beban-beban yang disambungkan pada sistem tiga fasa akan mempunyai ciri-ciri kendalian yang baik. 
  • Jumlah kuasa yang dibekalkan oleh sistem tiga fasa adalah lebih mantap jika dibandingkan dengan sistem satu fasa. 
  • Kebanyakan beban seperti motor dan janakuasa sistem tiga fasa mudah untuk diselenggarakan. 
  • Jimatkan bahan pengalir untuk kehilangan tembaga yang sama, apabila kuasa dipindahkan.
  • Motor 3 fasa mempunyai kendalian permulaan kendiri. 
  • Motor 3 fasa mempunyai faktor kuasa dan kecekapan yg lebih baik dan saiz yang lebih kecil bagi keluaran yg sama.
  • Daya kilas yg motor 3 fasa adalah tetap, sementara motor aruhan 1 fasa adalah berbentuk denyutan. 
  • Alatubah 3 fasa lebih ringan, kecekapan tinggi dan lebih murah (sama saiz).

Monday, November 8, 2010

Sambungan 3 fasa



Jenis sambungan 3 fasa
Apa yang anda tahu tentang bekalan A.U 1 fasa?
  Satu sistem bekalan AU yang mempunyai satu talian fasa dan neutral.
Apa yang anda tahu tentang bekalan A.U 3 fasa ?
    Satu sistem bekalan AU yang mempunyai 3 fasa.
Boleh dikatakan semua kuasa arus ulangalik dijanakan oleh penjana tiga fasa atau janakuasa dan disambungkan pada sumber tiga fasa melalui cara tiga atau empat pengalir.